OBJEKTIF
1. Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik
Memastikan
tahap perlindungan pengguna yang terbaik dari segi perlindungan
kendiri, kawalselia kendiri dan aspek perundangan. Dari perspektif
perundangan, setiap undang-undang yang melibatkan pengguna hendaklah
menyediakan peruntukan yang melindungi pengguna, tindakan yang munasabah
terhadap kecurangan pembekal/pengilang dan sistem penyelesaian
perundingan yang murah, mudah dan cepat.
2.Amalan Perdagangan Yang Saksama dan Bertanggungjawab
Menggalakkan
amalan perdagangan yang saksama dan bertanggungjawab dalam segala aspek
yang melibatkan pengguna khususnya dalam aspek pengeluaran, promosi,
penentuan harga dan pemasaran barangan serta perkhidmatan yang
dihasilkan oleh pembekal/pengilang supaya dapat memenuhi keperluan asas
pengguna dan keselamatan pengguna serta menggalakkan pendekatan untung
bersama dalam amalan perdagangan. Menggalakkan kawalselia kendiri dalam
amalan perdagangan yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan
pengguna.
3.Pendidikan
Memastikan
pendidikan pengguna yang berterusan diberi keutamaan oleh sektor awam
dan swasta dan diintegrasikan dalam aktiviti pendidikan formal dan tidak
formal. Memberi pendidikan pengguna di kalangan pembekal/pengilang
mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat sebagai usaha
untuk melahirkan masyarakat yang adil dan harmoni.
4.Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi
Meningkatkan
usaha ke arah amalan penggunaan lestari (sustainable consumption) di
kalangan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan, untuk menjamin
kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi dan
liberalisasi perdagangan.
5.Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang Pengilang dan Kerajaan
Mengharmonikan
hubungan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan agar semua pihak
mempunyai satu matlamat yang bersepadu iaitu mencapai perlindungan
pengguna yang terbaik di bawah satu dasar iaitu DPN.
This is wonderful. You aced it.
ReplyDelete