PERUNDANGAN
Pemantapan Undang-Undang Perlindungan Pengguna
Peranan kerajaan dalam melindungi dan mengimbangi kepentingan pengguna dan pembekal atau pengilang
-
Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan agensi di Kemeteriannya supaya tindakan yang berkesan dapat dilaksanakan. Penguatkuasaan boleh dibantu oleh Persatuan Pengguna.
-
Meminda undang-undang dengan mengenakan tindakan sivil dan jenayah yang setimpal untuk mengawal kegiatan-kegiatan perdagangan yang tidak bertanggungjawab.
-
Menggubal undang-undang baru dengan mengambilkira kesan globalisasi, liberalisasi perdagangan dan penggunaan lestari.
-
Memastikan undang-undang yang berkaitan dengan pengguna mengandungi peruntukan yang menjamin kebajikan dan kesejahteraan pengguna.
Falsafah umum kepenggunaan
-
Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling Berkesan Ialah Perlindungan Sendiri."
-
Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir
Tanggungjawab sebagai pengguna
-
Kesedaran untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna. -
Penglibatan dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil. -
Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar. -
Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.
IMPROVE liao oh ...
ReplyDeletewow! what a useful information. I have learned a lot from it , THANKS!!!
ReplyDelete