Friday, 3 May 2013

PERUNDANGAN

  PERUNDANGAN

Pemantapan Undang-Undang Perlindungan Pengguna

Peranan kerajaan dalam melindungi dan mengimbangi kepentingan pengguna dan pembekal atau pengilang


  1. Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan agensi di Kemeteriannya supaya tindakan yang berkesan dapat dilaksanakan. Penguatkuasaan boleh dibantu oleh Persatuan Pengguna. 

  2. Meminda undang-undang dengan mengenakan tindakan sivil dan jenayah yang setimpal untuk mengawal kegiatan-kegiatan perdagangan yang tidak bertanggungjawab.
  3. Menggubal undang-undang baru dengan mengambilkira kesan globalisasi, liberalisasi perdagangan dan penggunaan lestari.
  4. Memastikan undang-undang yang berkaitan dengan pengguna mengandungi peruntukan yang menjamin kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

Falsafah umum kepenggunaan


  1. Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling Berkesan Ialah Perlindungan Sendiri."
  2. Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir

Tanggungjawab sebagai pengguna


  1. Kesedaran untuk mengkritik

    Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
  2. Penglibatan dan tindakan

    Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.
  3. Tanggungjawab sosial

    Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.
  4. Bersatu padu

    Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.

Wednesday, 1 May 2013

Kebijaksanaan seorang pembeli menggunakan internet !!!

Kebijaksanaan seorang pembeli menggunakan internet !!!

 

Pada era globanisasi,dan modenisasi ini, kehidupan moden yang dibelakangi kemajuan internet merupakan satu keajaiban bukan? Ianya dapat membantu kehidupan yang semakin sibuk dengan mencari kehidupan yang lebih mewah.

Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, kaedah pembelian secara online kini semakin mendapat , malahan ia menjadi satu mudah untuk berbelanja dan mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu beratur di kaunter atau bersesak- sesak di pusat membeli belah.

Segala-galanya kini di hujung jari anda. Dinegara-negara maju, pembelian secara online telah lama diamalkan. Di Negara kita, walaupun ia masih belum begitu rancak tetapi menunjukkan tanda positif dan pasti akan berkembang apabila masyarakat , terutama kaum wanita yang mempunyai kuasa membeli yang tinggi dan semakin mengenali pembelian secara online.

Kebaikan pembelian secara online atau maya dapat memudahkan pembelian dan juga dapat membeli barangan edisi terhad atau yang tiada di dalam pasaran di Malaysia. Kelebihan membeli secara online juga dapat menjimatkan masa dan tidak perlu untuk berpusing untuk mencari parking dan mengelilingi kompleks membeli belah untuk mencari barang keperluan dan terpaksa beratur untuk membuat pembayaran.

  Seterusnya, pembelian secara online memang mudah tetapi mungkin barangan tersebut di beli dari luar Negara masa yang diambil agar lama dan mungkin juga akan tertipu contoh tiada stok , produk yang diiklankan tidak sama atau tidak terima langsung. Pembayaran telah dibuat secara online. Pengguna juga dinasihatkan agar membeli daripada syarikat tempatan yang mudah dirujuk jika terdapat masalah. Jika membeli daripada luar Negara risiko tinggi kemungkinan sukar untuk mendapat ganti rugi, jika produk tersebut rosak dalam perjalanan, ada syarikat menetapkan bahawa jika berlaku kerosakan ianya bukan tanggungjawab mereka. Keburukannya juga seperti barangan tersebut tidak mengambarkan sebenar barangan yang ingin anda beli seperti warna, saiz yang berbeza. Pengguna juga akan menanggung kos peng hantaran yang adakalanya tidak dijelaskan secara terperinci dan ini akan menjadi masalah caj penghantaran lebih mahal daripada harga produk atau barangan.

Kesimpulannya, pengguna juga harus diingat tidak semua barang dari luar negara berkualiti tinggi, adakalanya ia juga bermutu tinggi dan boleh didapati di Malaysia.

Wednesday, 24 April 2013

FOMCA Sign


MATLAMAT DASAR PENGGUNA NEGARA

MATLAMAT DASAR PENGGUNA NEGARA

1.Meningkatkan Kebajikan dan Kesejahteraan Pengguna

Matlamat utama DPN ialah untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan pengguna supaya menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan berupaya melaksanakan hak pengguna untuk memilih dan bersuara. Meningkatkan keseimbangan kuasa berunding, maklumat yang sahih dan mencukupi, serta keseimbangan kualiti/pulangan antara pengguna dengan pembekal/pengilang.

2.Meningkatkan Kesejahteraan Sosio-Ekonomi

Mewujudkan dan menjamin kesejahteraan sosio-ekonomi di kalangan anggota masyarakat melalui amalan perdagangan yang bertanggungjawab berasaskan kepada hak-hak dan kepentingan pengguna iaitu hak untuk mendapatkan keperluan asas, membuat pilihan, mendapat maklumat, gantirugi, keselamatan, menyuarakan pendapat, mendapat pendidikan pengguna dan hidup dalam alam sekitar yang menjamin kesihatan.

3.Meningkatkan Amalan Penggunaan Lestari

Meningkatkan amalan penggunaan lestari dalam mengurus sumber-sumber yang terhad untuk menjamin kesejahteraan ekonomi dan sosial. Penggunaan lestari menggalakkan berbelanja dengan berhemat, menggunakan sumber semulajadi dan kemudahan asas seperti air dan tenaga dengan berhemat, serta memelihara kesejahteraan dan kebajikan pengguna generasi semasa dan generasi akan datang.

OBJEKTIF FOMCA

OBJEKTIF 

1. Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik

Memastikan tahap perlindungan pengguna yang terbaik dari segi perlindungan kendiri, kawalselia kendiri dan aspek perundangan. Dari perspektif perundangan, setiap undang-undang yang melibatkan pengguna hendaklah menyediakan peruntukan yang melindungi pengguna, tindakan yang munasabah terhadap kecurangan pembekal/pengilang dan sistem penyelesaian perundingan yang murah, mudah dan cepat.

2.Amalan Perdagangan Yang Saksama dan Bertanggungjawab

Menggalakkan amalan perdagangan yang saksama dan bertanggungjawab dalam segala aspek yang melibatkan pengguna khususnya dalam aspek pengeluaran, promosi, penentuan harga dan pemasaran barangan serta perkhidmatan yang dihasilkan oleh pembekal/pengilang supaya dapat memenuhi keperluan asas pengguna dan keselamatan pengguna serta menggalakkan pendekatan untung bersama dalam amalan perdagangan. Menggalakkan kawalselia kendiri dalam amalan perdagangan yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

3.Pendidikan

Memastikan pendidikan pengguna yang berterusan diberi keutamaan oleh sektor awam dan swasta dan diintegrasikan dalam aktiviti pendidikan formal dan tidak formal. Memberi pendidikan pengguna di kalangan pembekal/pengilang mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat yang adil dan harmoni.

4.Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi

Meningkatkan usaha ke arah amalan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan, untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan.

5.Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang Pengilang dan Kerajaan

Mengharmonikan hubungan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan agar semua pihak mempunyai satu matlamat yang bersepadu iaitu mencapai perlindungan pengguna yang terbaik di bawah satu dasar iaitu DPN.